Kelas Ict – Microsoft Word (Aras 1)
2 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada Rabu, 01 Ogos 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengadakan Kelas ICT iaitu Kelas Microsoft Words Aras 1 yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi dan disertai oleh seorang peserta. Peserta diajar bagaimana untuk memulakan aplikasi Words dan memahami skrim program Words. Selain itu peserta turut didedahkan dengan cara bagaimana untuk memberi arahan dalam words seperti memasukkan dan memadam teks disamping untuk melakukan pengeditan teks dalam Words.
Peserta juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar. Oleh itu, peserta dapat mempelajari dan mengaplikasikan format menaip dengan betul seperti size perkataan, jenis perkataan, ruang dan sebagainya.
Selain itu, peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: